Polis Terengganu mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan kad pengenalan (MyKad) digunakan individu lain di pusat mengundi di Marang dan Kuala Terengganu.
Memetik media tempatan, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, laporan itu diterima daripada pengadu yang mendakwa tidak dapat menunaikan tanggungjawab mengundi selepas mendapati butiran peribadi mereka itu digunakan individu lain.
Menurutnya, sebanyak tiga kes dilaporkan berlaku di Kuala Terengganu sementara satu kes melibatkan daerah Marang.

