PN menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan serta-merta ekoran PH-BN ditolak oleh pengundi Melayu pada PRN di enam negeri pada Sabtu.
Bercakap pada sidang media di sebuah hotel, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan PH-BN.
Bagi beliau, pilihan raya negeri ini merupakan referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan gabungan PH-BN.
Muhyiddin berkata, PN menghormati suara pengundi dan menerima keputusan PRN dengan hati terbuka.



