ARTIKEL

4 pemimpin PH-BN tewas di Kedah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kemunculan semula Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertanding di kerusi DUN Pedu tewas kepada penyandang kerusi berkenaan, Mohd Radzi Mat Amin dengan majoriti 6,373 undi.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Radzi Mat Din akur tewas di DUN Alor Mengkudu dengan majoriti agak besar, iaitu 10,104 undi.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew gagal mempertahankan kerusi DUN Derga yang dimenangi muka baharu dari Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu), Muhammad Amri Wahab.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh yang bertanding di DUN Pengkalan Kundor juga gagal mempertahankan kerusi disandang apabila dimenangi calon Perikatan Nasional (PN), Mardhiyyah Johari.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU