ARTIKEL

Bella Astillah mendendangkan 'Sumandak Sabah'. | Foto: Instagram bellaastillah

Lagu ‘Sumandak Sabah’ dendangan Bella Astillah bergema di China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI dan pelakon, Bella Astillah terus mencipta kejayaan tersendiri apabila terpilih mewakili Malaysia untuk mengadakan persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mempersembahkan sebuah lagu berbahasa Cina selain ‘Sumandak Sabah’ nyanyian asal Velvet Aduk dan Marsha Milan.

Dianggap membanggakan negara, Bella meluahkan rasa syukur selepas persembahan di sana selain bangga menjadi anak kelahiran Sabah dan rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah, selesai tugas di China.

Sedikit klip untuk semua kesayangan di Malaysia!

Saya bangga menjadi orang Sabahan dan Malaysia,” katanya.

Perkara itu dikongsi Bella menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada pagi tadi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berbangga atas kejayaan penyanyi itu meskipun sedang bergelut dalam konflik rumahtangga bersama suaminya, iaitu pelakon Aliff Aziz.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU