ARTIKEL

Lahirkan cendekiawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bidang pendidikan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Damai sentiasa ditingkatkan dalam usaha melahirkan lebih banyak golongan cendekiawan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kewujudan Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai sejak enam tahun lepas antara usaha untuk memantapkan bidang pendidikan.

Menurutnya, dengan adanya badan tersebut, bidang pendidikan di Pantai Damai dapat diseragamkan dan meningkatkan interaksi antara pengurusan sekolah.

“Sejak badan ini diwujudkan, mudah untuk pengetua dan guru besar berinteraksi antara satu sama lain.

“Ia penting bagi memastikan pengurusan sekolah dapat memantapkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan dapat merujuk kepada sekolah yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Bersama Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai dan Biro Pendidikan Dun N.4 Pantai Damai di SMK Tun Abang Haji Openg kelmarin.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, fungsi badan tersebut juga ditambah baik dengan membuka ruang kepada pengurusan sekolah untuk memainkan peranan lebih aktif.

“Ini bermakna pengurusan sekolah akan diberi kuasa untuk melaksanakan apa-apa sahaja program yang memberi manfaat kepada bidang pendidikan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, bidang pendidikan merupakan agenda penting yang diperjuangkannya sejak mula-mula menjadi wakil rakyat.

“Kita memperjuangkan usaha melahirkan siswazah dalam setiap keluarga,” jelasnya.

Hadir sama Pengerusi Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai Affida Helmi dan Pengerusi Biro Pendidikan Dun N.4 Pantai Damai Siti Suhaila Majdi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu