ARTIKEL

LAHIRKAN MURID INOVASI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PROGRAM Junior Innovate 2023 (Northern Zone) State Maker Fair telah berlangsung meriah dengan penyertaan sebanyak 80 pasukan tampil mempamerkan pelbagai projek inovatif di Miri City Council, pada 7 dan 8 Oktober lalu.

Pertandingan tersebut melibatkan 160 murid dari sekolah rendah di daerah Zon Utara Sarawak dari Bintulu, Miri, Limbang, Sebauh, Lawas, Subis dan Baram.

Dengan berkonsepkan penggunaan perkakas sistem terbenam (Embedded System) dan pengaturcaraan komputer (coding), murid dikehendaki membina permainan dengan menggunakan open-source software dengan open-source microcontroller.

Selain itu, program ini juga membuka ruang kepada guru untuk mendapatkan latihan bengkel bagi menggalakkan pembangunan keupayaan guru.

Ia dianjurkan dengan tujuan sebagai usaha melengkapkan persiapan golongan murid dalam menghadapi dunia digital berasaskan teknologi maklumat serta memupuk kerjasama dalam kalangan mereka bagi memacu kepintaran reka cipta digital.

Pertandingan ini merupakan pertandingan kali ketiga yang disertai oleh pasukan Sekolah Rendah Integrasi al-Amin Bintulu dengan tema A Role Playing Game: My Hero.

Pada tahun ini, SRIAAB menghantar dua pasukan iaitu Pasukan Pious Kiddo yang terdiri daripada Amir Hamzah Mohamad Syahmizan dan Muhammad Amzar Harith Mohammad Saufi dan dibantu guru pengiring Mualim Muhammad Wafi .

Pasukan kedua ialah pasukan Midnight Knight SRIAAB yang terdiri daripada Muhammad Hadif Irfan Bin Samri dan Muhammad Mikail Abdul Razak yang dibantu oleh guru pengiring Mualim Muhammad Firdaus Faiz.

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Midnight Knight SRIAAB kerana berjaya menduduki tempat kedua dan memenangi Gold Award 2023 diperingkat zon Utara dan menduduki tempat kesembilan di peringkat negeri Sarawak.

BERITA LAIN

UNIMAS martabat sastera dua wilayah

LEGENDA silam yang merentas Laut China Selatan kini bertaut dalam satu wadah persuratan menerusi pelancaran buku antologi puisi Puteri Saadong-Puteri Santubong 2026 berjudul Salam Buat

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu