KUCHING: Jabatan Pendidikan Sarawak melalui pelan strategiknya komited untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam pelbagai aspek.
Pengarahnya, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, antara fokus utama yang ditekankan menerusi pelan berkenaan ialah menerapkan ilmu pengetahuan demi masa depan anak-anak.
Menurutnya, ia disusuli mengasah kemahiran yang dimiliki pelajar dalam bidang yang diminati melibatkan sukan, nyanyian dan lain-lain.
“Kami mahu melahirkan anak-anak yang bijak pandai bukan sahaja dari aspek pelajaran, tetapi juga dari segi kemahiran.
“Kemahiran yang pelbagai, kami mahu ia berkembang.
Melukis, menyanyi, bersukan dan sebagainya, kita mahu ia diasah di sekolah,” katanya ketika meninjau pembukaan sesi persekolahan 2024/20125 di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya di sini, semalam.


Berita lanjut dalam epaper STSS percuma.





