ARTIKEL

Lahirkan sukarelawan berilmu dan prihatin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 40 peserta menyertai Program Rakan Muda Day Out anjuran bersama Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Mukah, Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, MY Volunteers, Saberkas Cawangan Tellian serta Saberkas Cawangan Balingian.

Para peserta terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti senam robik, berbasikal, berlari-lari anak sambil mengutip sampahsarap. Menurut Pengerusi Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, Royston Valentine, program tersebut bermula di Pusat Kegiatan Belia Mukah, menuju ke tapak perkuburan Islam Mukah, Pantai Kala Dana dan kembali ke Pusat Kegiatan Belia Mukah.

“Objektif program adalah untuk merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan bagi menggalak dan melahirkan sukarelawan yang berpengetahuan, mahir, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawan yang tinggi, saling membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.

“Ia juga menyediakan platform kepada belia untuk melaksanakan aktiviti kesukarelawanan secara sistematik dan teratur tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

“Kita mendedahkan belia melalui pembelajaran, pengalaman secara turun padang, menggunakan inisiatif dan kreatif dalam melaksanakan program/aktiviti kesukarelawanan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat.

“Ia juga mendidik dan menggalakkan belia untuk menceburi dunia kesukarelawanan secara lebih profesional pada masa akan datang,” ujar Royston.

Hadir sama ialah Adun Tellian, Yussibnosh Balo, Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Mukah, Mahadir Darahi dan Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sarawak, Muhamad Tarmizi Karnain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan