ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 4 oleh anggota polis.

Lakukan khianat, salah guna dadah, warga emas dihukum penjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas dua pertuduhan merosakkan wayar kabel elektrik sebuah kedai bakeri dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah berulang.

Lim Jim Hai, 60, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana, sengaja melakukan khianat merosakkan wayar kabel elektrik milik sebuah kedai bakeri sehingga mengalami kerugian sebanyak RM5,000.

Dia melakukan kesalahan itu di Tabuan Tranquality di sini, sekitar 4 pagi, 20 April lepas.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman penjara satu tahun terhadap tertuduh.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, sekitar 7 pagi, semasa pengadu merupakan pemilik kedai tiba di kedainya melihat tertuduh berada di tepi tangga sebelah kedai lalu beredar apabila ditegur pengadu.

Pemeriksaan lanjut mendapati wayar kabel yang bersambung pada meter elektrik kedai pengadu tercabut dari meter tersebut.

Laporan polis dibuat oleh pengadu untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 28 Mei lepas di hadapan sebuah kedai makan.

Hasil siasatan mendedahkan terdapat rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang merakam perbuatan tertuduh yang merosakkan wayar kabel tersebut.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah secara berulang.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Pendakwaan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b) daripada Akta yang sama, kerana mengambil dadah secara berulang jenis amphetamine dan methamphetamine.

Dia didakwa mengambil dadah yang sama kali ketiga ketika ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuching, sekitar 10.40 malam, 24 September 2024.

Hakim Saiful Bahari Adzmi menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap tertuduh.

Pendakwaan kes di Mahkamah Sesyen dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Umi Syukriah Harun.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

Rampa menua, budaya Ulu Entabai pematak SIE

PEMANAH rampa menua, peneleba ngatur kem entukar besai ba tebing sungai sereta penyelai adat enggau budaya komuniti Iban nyadi pekara pematak raban program Sarawak Interior