ARTIKEL

Laluan Bas.My Baharu Saujana-Muara Tebas Perluas Rangkaian Pengangkutan Awam Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Laluan Saujana-Muara Tebas bakal memperluas rangkaian pengangkutan awam di Kuching dengan tawaran laluan ke destinasi tempatan yang popular.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Michael Kong Feng Nian berkata laluan baharu ini bakal memberi manfaat kepada industri pelancongan negeri.

“Laluan baharu ini dijangka menjadi pilihan ramai terutama mereka yang ingin ke destinasi terkenal seperti Bako dan Muara Tebas.

“Dengan peningkatan populariti kawasan ini sebagai lokasi pelancongan dan rekreasi kami kekal optimis terhadap permintaan tinggi bagi perkhidmatan Bas.My Kuching” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menjelas lanjut Michael berkata bahawa laluan ini bakal memudahkan penduduk Bintawa terutama ke kawasan yang sekian lama memerlukan akses yang lebih baik.

“Oleh itu kami sedang meneliti bagaimana laluan ini boleh diperhalusi bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti seperti Taman Riverview dan PR1MA Bintawa” jelasnya.

Tambah Michael mereka sentiasa mengutamakan penambahan perkhidmatan Bas.My Kuching untuk keselesaan pengguna.

“Keutamaan kami adalah untuk meningkatkan aksesibiliti mengurangkan kesesakan dan menyediakan pilihan pengangkutan yang selamat dan efisien untuk semua.

“Oleh itu kami mengalu-alukan setiap maklum balas bagi menambah baik perkhidmatan kami untuk membentuk sistem pengangkutan awam yang moden dan inklusif untuk Kuching” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan