ARTIKEL

FB Fazli Salleh

Laluan kargo Pasir Gudang dirancang dibuka untuk penumpang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Landasan kereta api sepanjang kira-kira 40 kilometer dari Kempas Baru ke Pasir Gudang, yang sebelum ini digunakan khusus bagi perkhidmatan kargo untuk pergerakan kontena dari pelabuhan, kini dirancang untuk dibuka kepada perkhidmatan penumpang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata perancangan kerajaan dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu, termasuk pembangunan beberapa stesen berskala sederhana bagi kemudahan naik dan turun penumpang.

Beliau berkata perkhidmatan itu dijangka dapat memendekkan masa perjalanan di antara Pasir Gudang dan kawasan lain seperti Kempas serta JB Sentral, sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya di kawasan Pasir Gudang, Masai, Tampoi dan sekitar bandar raya Johor Bahru.

“Menurut cadangan, setakat ini perjalanan 25 kilometer menggunakan tren mengambil masa 30 minit, berbanding lebih satu jam menggunakan kereta pada waktu puncak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mohamad Fazli berkata langkah strategik itu bertujuan meningkatkan mobiliti harian pekerja, pelajar dan penduduk setempat serta memberikan manfaat sosial dan ekonomi negeri.

Laluan rel kargo Pasir Gudang yang telah dinaik taraf itu melibatkan trek, sistem isyarat dan aspek keselamatan, menjadikan infrastrukturnya lebih bersedia untuk menyokong perkhidmatan penumpang.

“Ini menjadikan kos pelancaran perkhidmatan penumpang lebih rendah dan cepat boleh dilaksanakan, kerana tidak perlu bina landasan baharu sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata perancangan berkenaan juga sebahagian daripada usaha bagi memperluas rangkaian kereta api penumpang di negeri itu.

“… dengan gabungan projek Komuter Selatan, ia akan melengkapkan jaringan tren yang lebih luas di Johor Bahru, kawasan pelabuhan dan potensi sambungan lain termasuk ke Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pada masa hadapan,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu