ARTIKEL

Laluan sehala Jalan Batu 7 tutup sementara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penutupan laluan sehala sementara untuk kerja-kerja pemasangan papan tanda gantri Projek Lebuhraya Pan Borneo di Batu 7 akan dilaksanakan bermula malam ini sehingga 9 Januari 2023.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memaklumkan, laluan di atas jejambat Batu 7 akan ditutup sementara dan pengguna dinasihati untuk menggunakan laluan bawah sahaja.

ALIRAN TRAFIK… Penutupan laluan sehala sementara untuk kerja-kerja pemasangan papan tanda gantri.

“Penutuan laluan tersebut akan bermula jam 10 malam sehingga 4 pagi bagi kedua-dua hari.

“Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihati untuk menggunakan laluan ke Kota Sentosa jika ingin ke Serian atau Jalan Haji Baki, manakala menggunakan laluan ke D’Valley Supermarket jika ingin ke Kuching,” kata kenyataan JKR.

ALIRAN TRAFIK… Penutupan laluan sehala sementara untuk kerja-kerja pemasangan papan tanda gantri.

Pada masa sama, JKR turut menasihati pengguna jalan raya untuk berhati-hati semasa memandu di laluan berkenaan semasa tempou kerja-kerja dijalankan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan.

“Pihak kontraktor akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.

ALIRAN TRAFIK… Penutupan laluan sehala sementara untuk kerja-kerja pemasangan papan tanda gantri.

“Pengguna jalan raya juga dinasihati merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat,” kata kenyataan itu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha