ARTIKEL

Langgar syarat operasi, tiga premis hiburan dikenakan kompaun di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Tiga premis hiburan di Bintulu dikenakan kompaun selepas dikesan melanggar syarat operasi dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sekitar Parkcity dan Sri Dagang, baru- baru ini.

Menurut kenyataan BDA, hasil pemeriksaan mendapati dua premis melakukan kesalahan beroperasi melebihi masa yang dibenarkan, manakala sebuah lagi premis beroperasi tanpa lesen yang sah. Ketiga-tiga kesalahan tersebut dikenakan kompaun di bawah Ordinan Hiburan 2001.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran bersama-sama pasukan penguat kuasa BDA melibatkan seramai 17 anggota, terdiri daripada sembilan penolong pegawai kesihatan persekitaran, tiga pembantu kesihatan awam dan lima anggota penguatkuasa.

“BDA komited memastikan premis hiburan di Bintulu dikendalikan secara bertanggungjawab, mematuhi syarat lesen dan peraturan yang ditetapkan demi kesejahteraan komuniti serta suasana persekitaran yang terkawal,” jelas kenyataan itu.

Anggota penguatkuasa BDA menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis hiburan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar kawasan ParkCity dan Sri Dagang, baru- baru ini.

BDA turut menegaskan tindakan penguatkuasaan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan, selain menyeru semua pengusaha pusat hiburan agar sentiasa mematuhi peraturan dan lesen yang ditetapkan.

“Kerjasama semua pihak amat penting dalam memelihara keharmonian dan ketenteraman Bintulu sebagai sebuah bandar yang maju dan sejahtera,” tambah kenyataan tersebut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha