ARTIKEL

Langkah berjaga-jaga di pasar tamu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) menyarankan penjaja di Pasar Sentral Sibu di sini untuk menjalani ujian Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga, kata Pengerusinya Kaunselor Clarence Ting Ing Horh.

“Ini menunjukkan MPS komited menjaga keselamatan orang awam seterusnya membendung wabak yang menjadi musuh utama dunia kini.

“Penjaja di Pasar Sentral Sibu hari ini (Sabtu) sedang menjalani saringan ujian Covid-19 di tingkat atas tempat letak kereta bertingkat MPS di Jalan Wong Nai Siong di sini.

“MPS mahu memastikan semua orang selamat dengan menjalani saringan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga. Ujian ini akan dijalankan secara berterusan.

“Saya harap orang ramai juga boleh memainkan peranan yang sama agar terus kekal selamat, begitu juga keselamatan orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Suara Sarawak, kelmarin.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan melakukan ujian rawak membabitkan sektor pasaran ketika negeri ini menghadapi gelombang kedua penularan Covid-19.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas meminta orang ramai untuk tidak berasa takut dan bekerjasama semasa ujian rawak ini dijalankan.

“Ia percuma dan bagus untuk anda,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Kuching, semalam.

Beliau menambah, ujian rawak ini juga boleh dilakukan terhadap mereka yang terlibat di pusat jagaan kanak-kanak, sekolah dan rumah orang tua.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha