ARTIKEL

Kredit: Bernama

Lapan cedera, bot terbalik ketika aktiviti parasailing di Langkawi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Lapan individu dilaporkan cedera selepas sebuah bot pelancong yang dinaiki mereka terbalik ketika menjalani aktiviti parasailing di Langkawi, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Samsulmuddin Sulaiman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian bot terbalik di kawasan Pantai Tengah pada 1.15 tengah hari tadi.

“Bot berkenaan membawa enam pelancong, tiga lelaki dewasa, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki serta dua kru bot. Semasa kejadian, terdapat pelancong yang sedang melakukan aktiviti parasailing, namun berjaya diturunkan ke bawah dengan selamat.

“Kejadian dipercayai berlaku akibat angin kuat, dan kesemua mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di sekitar lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, maklumat awal menunjukkan tiada mangsa yang mengalami kecederaan serius dan kesemua mereka kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,