ARTIKEL

Kredit: Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri ke-4 (ISOC 4)

Lapan Cedera Dalam Dua Letupan Bom Berasingan Di Wilayah Selatan Thailand

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Oleh Tuwaedaniya Meringing

PATTANI: Lima anggota polis dan tiga orang awam cedera dalam dua insiden letupan bom berasingan di wilayah selatan Thailand pada Selasa dan awal pagi Rabu.

Jurucakap Pusat Penerangan Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4), Kolonel Yuttanam Pechmuang, berkata letupan pertama berlaku di pusat kawalan keselamatan polis di Kampung Thanam, Daerah Panare, Pattani pada pukul 7 malam Selasa.

Beliau berkata sebuah motosikal yang dipercayai dipasang bahan letupan meletup secara tiba-tiba, menyebabkan lima anggota polis cedera serta merosakkan tiga buah kenderaan dan bangunan.

“Siasatan awal mendapati suspek memasang bahan letupan pada motosikal sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata semua mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Pattani dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan pada awal pagi Rabu, sebutir bom yang dipasang pada sebuah motosikal meletup di hadapan markas kawalan keselamatan renjer di Daerah Khok Pho.

Yuttanam berkata letupan itu mencederakan tiga penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran, selain merosakkan sebuah kenderaan milik pegawai renjer.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti suspek dan motif serangan. ISOC-4 menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua kejadian ini supaya segera melaporkannya kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan diambil,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati memberi perlindungan kepada suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sebanyak 40,000 Baht. – BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai