ARTIKEL

Lapan hari minum air sungai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Seorang warga emas hanya bergantung dengan makan sayur midin dan minum air sungai selama lapan hari sejak dia dilaporkan hilang pada 10 April lalu.

Menurut wakil penduduk Kaunselor Abang Suhordie Abang Zaini, Lajung atau Abu Bakar Dayat, berumur 60 tahun dari Kampung Hulu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar jam 2.20 petang semalam dekat hutan kecil Sebetan.

“Bagaimanapun, Lajung dijumpai dalam keadaan sangat lemah. “Dia mendakwa tidak menyentuh sebutir nasi selama hilang, sebaliknya bergantung kepada sayur midin dan air sungai sahaja,” katanya kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Jelasnya, dia kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Spaoh untuk tindakan lanjut. “Syukur, usaha penduduk dan agensi penyelamat membuahkan hasil. Saya mewakili ahli keluarga Lajung mengucapkan terima kasih,” ujarnya.

Terdahulu menurut kisah yang diceritakan oleh anak saudaranya, pada malam sebelum hilang, dia didapati meracau ketika sedang tidur.

“Saya dan ahli keluarga lain pun berasa pelik. Namun apabila dijenguk dia sedang tidur… sehingga dia meracau selepas itu, kami biarkan sahaja,” jelasnya.

Namun menjelang pagi, ahli keluarga sekali lagi terkejut melihat dia sudah tidak berada di tempat tidur dekat belakang rumah (pondok).

Bimbang dengan keselamatannya, ahli keluarga bertindak membuat laporan di Balai Polis Spaoh dua hari kemudian.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha