KUCHING: Sebanyak lapan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 3 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Serian mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 181, diikuti Kuching dan Kota Samarahan masing-masing 169.
Sri Aman pula merekodkan bacaan 161, manakala Sarikei 158 dan Bintulu 151.
Mukah merekodkan bacaan 149, manakala Sibu 112, menjadikan keseluruhan lapan kawasan berkenaan berada pada tahap tidak sihat.
Sementara itu, Samalaju merekodkan bacaan IPU 95, manakala Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri dan Miri masing-masing 92 dan 91.
Ketiga-tiga kawasan itu berada pada tahap sederhana berdasarkan kategori bacaan IPU semasa.
Kapit pula merekodkan bacaan 68, manakala Limbang mencatat bacaan terendah iaitu 58, dengan kedua-duanya turut berada pada tahap sederhana.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.


