ARTIKEL

Lapan kes baharu Covid-19 di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Daerah Kuching mencatatkan lapan kes baharu positif Covid-19 hari ini melibatkan pertambahan empat kes kluster Stutong, tiga kes import dan satu kes jangkitan tempatan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata ia menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 1,148 dengan dua kluster aktif iaitu Kluster Stutong dan Kluster Mador.
Menurutnya, dua kes import B melibatkan warga tempatan Sarawak yang mendapat jangkitan dari kawasan berisiko tinggi iaitu di Kuala Lumpur dan Selangor.
“Kes ke-1,141 adalah seorang wanita yang pulang dari Kuala Lumpur melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 1 Januari lalu.
“Manakala kes 1,143 melibatkan seorang lelaki yang telah pulang setelah membuat perjalanan ke Selangor melalui LTAK pada 25 Disember lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.
Sementara, satu kes Import A melibatkan seorang kanak-kanak tempatan (Sarawak) yang tiba di Kuching bersama ahli keluarganya pada 25 Disember lalu dari Congo.
Kes ini merupakan anak kepada kes 1,109 dan didapati negatif hasil saringan Covid-19 pada 26 Disember lalu.
Manakala empat kes baharu kluster Stutong iaitu kes 1,144, 1,145, 1,146 dan 1,147 adalah melibatkan individu yang telah disaring kerana mempunyai kontak rapat dengan kes-kes yang telah dilaporkan sebelum ini, dan didapati positif Covid-19 semalam.
Bagi satu kes jangkitan tempatan iaitu ke-1,148, ia melibatkan seorang lelaki tempatan yang telah menjalani saringan Covid-19 di sebuah hospital swasta di bandar raya ini pada 3 Januari lalu untuk tujuan kemasukan ke hospital mendapatkan rawatan.
“Dari siasatan awal kes ini tidak mempunyai kontak dengan mana-mana kes positif Covid-19 dan tidak mempunyai pergerakan ke luar negara atau sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi di mana-mana negeri lain di Malaysia.
“Kes juga tidak mengalami sebarang tanda atau gejala,” katanya.
JPBNS berkata kesemua kes telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu