ARTIKEL

NAHAS… Mangsa tersepit disahkan meninggal dunia.

Lapan maut kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Lapan maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Lebuh Raya Pan Borneo di sini, petang tadi.

Komander Operasi PBK I Haron Jenai berkata, kesemua mangsa maut melibatkan seorang warga tempatan dan tujuh warganegara Indonesia yang menaiki Perodua Alza.

“Kami menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.40 petang dan menggerakan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ke lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Haron, dua individu yang menaiki pacuan empat roda dikeluarkan oleh orang awam dan diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian.

Terdapat lapan mangsa yang menaiki Perodua Alza. Ketika kejadian, dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala enam mangsa tersepit.

“Pasukan berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Bagaimanapun, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

“Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, pasukan bergerak balik ke balai manakala identiti kesemua mangsa dan punca kemalangan belum dikenal pasti,” katanya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU