ARTIKEL

JUARA BERTAHAN... Barisan pemain pasukan Kembara 11 yang turut diperkuatkan oleh bekas pertahanan berpengalaman Kuching City FC, Mohd. Arif Azizan Ederis (kanan sekali).

Lapan pasukan terbaik beradu nasib di Sebuyau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Kejohanan Bola Sepak Terbuka Sebangan, Piala Datuk Sri Julaihi Narawi (Menteri Utiliti dan Telekomunikasi) Edisi ke-27 tahun 2025 kini memasuki peringkat suku akhir.

Pertembungan yang dijangka sengit dan penuh dramatik itu akan berlangsung esok (Rabu) di Padang Bola Sepak Kampung Sebangan, Sebuyau.

Ia sekali gus menjadi penentu nasib lapan pasukan terbaik, termasuk juara bertahan musim lalu, Kembara 11.

Menurut Pengerusi Kejohanan, Osman Jamel, empat perlawanan akan berlangsung mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Perlawanan pertama akan bermula pada pukul 9:15 pagi, menyaksikan Kembara 11 menentang Moyan Alpha,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Perlawanan kedua mempertemukan Sukma FC dan Joga Bonito, dijadual berlangsung pada pukul 10:30 pagi.

“Dua lagi aksi dijadualkan pada sebelah petang, dengan Koroi FC menentang LA Masia pada 2:00 petang, manakala Plan D.C akan berdepan Muzaimi FC pada 3:15 petang,” tambah beliau.

Osman menjelaskan, pasukan yang berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan esok akan layak ke peringkat separuh akhir, yang akan berlangsung pada Sabtu ini (12 April).

“Perlawanan separuh akhir akan diadakan pada pagi Sabtu, manakala dua pasukan yang mara ke final akan berentap pada sebelah petang hari yang sama,” ujarnya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan