ARTIKEL

Lapor masalah sekeliling untuk tindakan segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini diseru supaya sentiasa bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapa’ee berkata, dengan kerjasama sebegini akan dapat melancarkan lagi tugas-tugas MPS sebagai pihak berkuasa tempatan seterusnya masalah penduduk kampung akan dapat diatasi.

“Hubungan erat sebegini sudah semestinya memberi impak yang besar. “Manfaatnya juga sungguh besar khususnya kepada penduduk kampung,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Perbincangan Gotong-royong Bersama 17 JKKK di bawah Dun Nangka bertempat di pusat khidmatnya di sini, malam kelmarin.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi MPS Kaunselor Bujang Zainuddin Abdul Majid, ahli-ahli MPS serta pengerusi-pengerusi JKKK berkenaan.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu juga menggesa agar JKKK melaporkan apa sahaja masalah yang dihadapi oleh dalam kawasan sekeliling kampung mereka. “MPS juga memerlukan anda bersuara lebih-lebih lagi berkaitan dengan permasalahan di kawasan sekitar kampung.

“Misalnya masalah denggi, rabies, masalah insfrastruktur, sampah-sarap dan sebagainya agar ia diambil tindakan segera. “Kita juga tidak boleh selalu mengharapkan pihak MPS untuk datang. Itu sebab JKKK ditubuhkan untuk memainkan peranan sebagai suara, mata dan telinga kepada pihak berkuasa tempatan,” tegasnya.

Beliau yang juga Adun Nangka berharap agar JKKK terus proaktif dalam penglibatan mereka dengan masyarakat kampung di kawasan masing-masing.

Pada mesyuarat itu, antara aktiviti yang akan diadakan pada gotong-royong kelak adalah pembersihan kawasan kampung setahun sekali dengan kerjasama pihak MPS dan aktiviti bulanan seperti semburan pengasapan setiap bulan oleh setiap JKKK.

Katanya, satu mekanisma baharu juga akan diperkenalkan bagi melicinkan urusan pemantauan kawasan yang lebih berkesan bagi JKKK di Dun Nangka. “Risalah-risalah juga akan diedarkan kepada penduduk kampung bagi memberi lebih kesedaran tentang kebersihan rumah dan kampung dibawah Dun Nangka,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha