Laporan 90 peratus sekolah daif Sarawak dibaik pulih tidak tepat

KUCHING: Laporan yang memberitahu 90 peratus sekolah daif di Sarawak dibaik pulih adalah tidak tepat kerana hakikatnya kurang daripada 50 peratus.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr. Annuar Rapaee berkata, sebanyak 115 buah sekolah daif dibaik pulih dengan peruntukan RM419 juta tahun ini.

“Daripada jumlah itu, 50 sekolah daif telah siap dibaik pulih di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) manakala, bakinya, 65 lagi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Di bawah KPM pula, 13 daripadanya ialah projek sakit,” katanya ketika menjawab soalan daripada Abdul Yakub Arbi (GPS-Balingian) pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Keempat Dun Ke-18 di sini, semalam.