ARTIKEL

Laporan media asing, kerajaan akan umum kenaikan petrol, diesel tidak betul – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini menyangkal laporan media luar negara kononnya kerajaan membuat keputusan mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata mesyuarat Jemaah Menteri tidak langsung membincangkan perkara itu sebelum ini termasuk pada minggu lepas.

“Saya meneliti perkara itu dan saya boleh mengesahkan di sini saya Ahli Jemaah Menteri, kita tidak bincang perkara ini pun.

Jadi, don’t put the cart before the horse atau jangan umum sesuatu perkara itu sebelum ia diumumkan.

“Kita lihat ada beberapa akhbar yang berpangkalan di luar negara telah mendahului proses dan saya harap semua pihak termasuk media mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi,” katanya ketika berucap pada Program Jiwa MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al-Mashoor hari ini.

Beliau turut meningatkan semua media agar tidak membuat laporan berita bersandarkan maklumat daripada sumber yang tidak dapat disahkan atau tidak dikenal pasti.
– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jerebu: 45 kawasan catat IPU sederhana

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di 45 kawasan seluruh negara berada pada tahap sederhana berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pagi ini. Menurut portal Sistem Pengurusan