ARTIKEL

Laporan Tinjauan Ekonomi: Sektor perlombongan diunjur menguncup 1 peratus pada 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sektor perlombongan diunjur menguncup sebanyak 1 peratus pada 2025 susulan prestasi lembap dalam subsektor utama, demikian menurut Laporan Tinjauan Ekonomi 2025 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini.

Berdasarkan laporan itu, subsektor gas asli dijangka merosot berikutan pengeluaran lebih rendah terutamanya disebabkan penutupan dirancang bagi dua fasiliti di Sarawak untuk tujuan penyelenggaraan serta permintaan menyederhana dari negara pengimport utama seperti Jepun, China dan Republik Korea.

“Keseluruhan output gas asli dijangka berada di bawah kapasiti pengeluaran 2024 meskipun beberapa loji baharu dijadual memulakan operasi seperti medan Bindu di Terengganu, Gumusut-Kakap-Geronggong-Jagus Timur di Sabah dan pembangunan medan FaS di Sarawak.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU