ARTIKEL

Kapal tangki minyak sedang melalui Selat Hormuz. - Foto REUTERS

Larangan Beberapa Kapal Tangki Bawa Minyak Iran Ditarik Balik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEHRAN: Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Laksamana Muda Alireza Tangsiri mengumumkan bahawa rampasan ke atas beberapa kapal tangki yang membawa minyak Iran di lokasi beribu-ribu kilometer dari sempadan negara itu telah ditarik balik, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Dalam hantaran di akaun X miliknya, beliau menulis: “Tekad serta langkah yang diambil oleh Tentera Laut Iran dalam menghadapi musuh telah membuahkan hasil sehingga rampasan beberapa kapal tangki yang membawa minyak Iran beribu-ribu kilometer dari sempadan negara telah ditarik balik.”

“Ini bermakna ia menjadi model sebenar untuk menghapuskan ancaman dan sekatan,” tambahnya. – BERNAMA-MNA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan