ARTIKEL

Larian Kesedaran Keselamatan Siber SMA, didik pengguna bina persekitaran digital selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Acara larian bukan hanya berupaya memupuk gaya hidup sihat, ia boleh juga dijadikan platform mendidik serta meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keselamatan siber.

Atas kepentingan itu, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) melaksanakan tindakan proaktif dengan menganjur acara larian santai yang didedikasikan untuk mempromosikan kesedaran dan pendidikan tentang kepentingan keselamatan siber.

Pengurus Besar SMA, Datuk Dr Anderson Tiong Ing Heng berkata, acara yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan di luar jangkaan apabila lebih 2,000 peserta mengambil bahagian.

“Kami hanya menyasarkan 2,000 peserta sahaja kerana ini kali pertama penganjuran. Namun, menerima sambutan yang menggalakkan sehingga ramai menghubungi meminta pertambahan slot.

“Kami amat hargai sokongan anda terhadap acara yang berperanan sebagai platform mendidik dan memperkasakan individu dengan pengetahuan dan alatan yang diperlukan untuk mengemudi dunia dalam talian dengan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Program Larian Kesedaran Keselamatan Siber SMA sempena Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak 2023, di Padang Merdeka, hari ini.

Tambahnya, sebagai sebuah agensi yang memperkasakan ekonomi digital di Sarawak, pihaknya amat mengambil berat tentang isu keselamatan siber dan perlu mengambil langkah proaktif ke arah membina persekitaran digital yang lebih selamat.

Acara itu melibatkan dua kategori larian santai, iaitu 1.5 kilometer (km) dan 5 km.

Sebahagian peserta yang memeriahkan Program Larian Kesedaran Keselamatan Siber SMA sempena Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak 2023, di Padang Merdeka, hari ini.

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim