SADONG JAYA: Persiapan akhir petugas terlibat meletakkan penanda arah sepanjang laluan digunakan sempena Program Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 petang tadi berjalan lancar.
Petugas terlibat meletakan penanda arah di beberapa kawasan strategik bagi memudahkan pelari yang akan menyertai larian berkenaan.

Penyelaras Program, Kaunselar Yazid Ahmad Dewan memberitahu, kerja-kerja memasang penanda arah tersebut berjalan lancar mengikut jadual.
“Semua kawasan strategik sepanjang laluan telah diletakkan penanda arah bagi memudahkan pelari berkenaan,” ujar Yazid kepada Arena Suara Sarawak.

Seramai 1,100 orang pelari akan menyertai acara berprestij yang dijadual bermula pukul 6:30 pagi esok.
Himpunan peserta terbabit yang mencakupi 807 orang terdiri daripada komuniti Daerah Kecil Sadong Jaya dan pelajar sekolah. Manakala, 293 orang peserta lagi dari kawasan seluruh Sarawak.
Tiga kategori dipertandingkan iaitu 10 km (Lelaki & Wanita), 5 km (Lelaki & Wanita) dan 3 km (Lelaki & Wanita).


