ARTIKEL

MENARIK... Abdul Karim (tengah) menunjukkan jersi yang akan digunakan oleh para peserta pada kejohanan Larian Separuh Maraton Warisan Kuching 2025. | ALIF NONI

Larian Separuh Maraton Warisan Kuching 2025: Tarik 3,200 peserta dari 22 negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Larian Separuh Maraton Warisan Kuching (Kuching Half Marathon Heritage Run) 2025 merangkap kejohanan edisi kedua bakal menjadi tumpuan selepas mencatat penyertaan peserta dari 22 negara.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jumlah terkini peserta mencecah 3,200 orang, dengan merekodkan 77 peratus daripadanya merupakan warga tempatan.

“Sebanyak 77 peratus merupakan pelari Sarawak, 15 peratus dari Semenanjung Malaysia dan Brunei, dua peratus dari Sabah dan enam peratus merupakan peserta antarabangsa.

“Antaranya ialah Australia, Brunei, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Hungary, Indonesia, India, Jepun, Kenya, Korea, New Zealand, Taiwan, Singapura, Filipina, dan United Kingdom,” katanya dalam sidang media mengenai program tersebut di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

Mengikut jumlah penyertaan terkini, Karim mendedahkan kategori 21 kilometer merekodkan jumlah terbanyak iaitu seramai 1,400, diikuti kategori 5km seramai 1,100 manakala 10km mencatat seramai 700 orang.

Beliau turut memberitahu kejohanan edisi kedua ini akan menampilkan kelainan tersendiri menerusi kategori baharu iaitu terbuka veteran dan terbuka national khas untuk pelari tempatan sahaja.

“Kita ada kategori terbuka iaitu peserta berumur 17 hingga 44 tahun dan veteran 45 tahun dan ke atas, hadiah kemenangannya adalah sama bagi kedua-dua kategori.

“Antara pelari terkenal ialah seorang peserta dari Kuching berusia 82 tahun dan yang tertua dari Ipoh berusia 86 tahun dan kita juga ada enam pelari antarabangsa dari Afrika,” dedahnya.

Sementara itu, Karim turut percaya laluan kejohanan yang disusun atur merangkumi beberapa lokasi menarik dan bersejarah bertempat di sekitar Kuching, dengan aksi permulaan akan dilaksanakan di pekarangan bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

“Acara ini bukan sekadar penganjuran perlumbaan larian secara sihat bahkan ia menjanjikan satu pengalaman larian unik yang menampilkan lokasi warisan di Kuching,” tegasnya.

Kejohanan maraton ini akan diadakan pada 27 Julai ini.

Hadiah keseluruhan bagi Kejohanan adalah berjumlah RM54,600.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU