ARTIKEL

MULA LATIHAN…Sesi latihan terpaksa diadakan di perkarangan Stadium Perpaduan, Petra Jaya ekoran hujan yang turun pagi tadi.

Latihan bagi skuad bola sepak wanita bermula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Proses meningkatkan tahap kecergasan pemain menjadi antara fokus utama yang ditekankan ketua jurulatih skuad bola sepak wanita Sukma, Suffian Ibrahim.

Seramai 30 pemain yang telah dikenal pasti sebelum ini hadir untuk sesi latihan pusat yang bermula hari ini.

“Sesi latihan pusat bermula semalam dan fokus utama kita cuba memberi penekanan meningkatkan tahap kecergasan dalam kalangan pemain,” ujar Suffian kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Suffian, proses tersebut tidak memakan masa lama dan akan disusuli latihan mencakupi aspek lain selepas itu.

Jelas Suffian, pihaknya hanya memilih 23 orang pemain untuk senarai akhir bagi mendepani temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

Bagaimanapun katanya, belum dapat memberi gambaran tarikh memuktamadkan senarai jumlah pemain terbabit.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU