ARTIKEL

Tan Sri Datuk Dr Johari Abdul

Latihan ketenteraan 45 hari kepada remaja 17 tahun pada 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan bercita-cita untuk melahirkan ribuan atlet berkaliber seperti atlet muay thai Sarawak, Johan Ghazali yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Dr Johari Abdul, pemimpin masa depan negara perlu dibentuk melalui latihan dan dedikasi, bukan ia lahir secara semula jadi.

“Kalau Sarawak dapat melahirkan atlet sehebat Jojo (Johan Ghazali), saya yakin kita mampu melahirkan ribuan lagi pemimpin muda sepertinya, bermula tahun hadapan.

“Bayangkan jika kita dapat melahirkan ribuan lagi individu berkarisma seperti beliau. Kita tahu bahawa pemimpin tidak lahir secara semula jadi, tetapi dibentuk melalui latihan, pengetahuan, keberanian, dan kebijaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan bertajuk Bicara Ketatanegaraan Membangun Masa Hadapan sempena Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Speaker-Speaker Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024, di UiTM Kampus Samarahan, semalam.

Sehubungan itu kata Johari, sebagai langkah untuk memperkukuh bakat kepimpinan generasi muda, kerajaan akan memperkenalkan latihan ketenteraan selama 45 hari kepada remaja berusia 17 tahun mulai tahun hadapan.

Beliau menyatakan program ini bertujuan melatih mereka secara fizikal dan mental untuk menjadi pemimpin masa depan yang berdisiplin, berani dan berkemampuan.

“Tanggungjawab besar negara berada di tangan anak muda. Kita boleh ada perancangan, duit dan aset, tetapi tanpa sokongan daripada mereka (anak muda), kita akan menghadapi masalah,” tegasnya.

BERITA LAIN

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai