ARTIKEL

Latihan ini disertai oleh pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam dari seluruh bahagian dan balai di bawah pentadbiran IPD Kuching. Foto IPD Kuchin

Latihan psikologi IPD Kuching perkukuh kesiapsiagaan hadapi bencana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bagi memperkukuh keupayaan anggota menghadapi bencana dan krisis emosi dalam masyarakat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan AKRAB 2025 yang berlangsung semalam di Rumah PERKEP IPD Kuching.

Menurut kenyataan IPD Kuching, latihan itu melibatkan penyertaan pegawai kanan, pegawai rendah polis serta pegawai awam dari seluruh bahagian dan balai di bawah pentadbirannya.

Penyertaan menyeluruh itu mencerminkan komitmen jabatan terhadap kesejahteraan psikologi warga pasukan dan komuniti yang dilindungi.

Program dimulakan dengan slot bertajuk ‘Kesan Bencana terhadap Psikologi’ disusuli modul ‘Kemahiran Asas Psychological First Aid (PFA)’ dan sesi ‘Role Play PFA’ yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi IPD Kuching, Raveca Ridin.

Pendekatan spiritual turut diberi penekanan menerusi slot khas oleh Ustaz Habiburrahman Muhd Sedek dari Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPSD) manakala teknik pengurusan emosi dan kesedaran diri melalui amalan ‘Mindfulness’ disampaikan oleh Kopral Jerry Semis.
Latihan tersebut memberi penekanan kepada kemahiran mendengar secara aktif, mengenal pasti individu yang mengalami tekanan, memberi sokongan awal serta membuat rujukan kepada pihak profesional apabila perlu.

Prinsip asas “do no harm” turut diterapkan bagi memastikan bantuan psikologi yang selamat dan beretika.

Dengan modul yang komprehensif, latihan tersebut dijangka memperkukuh keupayaan anggota IPD Kuching bukan sahaja dari segi taktikal tetapi juga sebagai barisan hadapan yang berempati, peka dan responsif terhadap kesihatan mental masyarakat.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah