PENGARAH Ikmas, Hanifuddin Roslan menyantuni kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha, Kewangan dan Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Halim Hamzah sempena lawatan kerja rasmik e Projek Pembinaan Ikmas fasa dua.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau perkembangan semasa projek Ikmas fasa dua yang dijangka beroperasi tahun ini.
Lawatan ini turut melibatkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM, Bahagian Pembangunan JPM, Seksyen Pembangunan Jakim, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Seksyen Pembangunan dan Aset Ikmas.
Semoga projek pembinaan Ikmas fasa dua berjalan dengan lancar dan jayanya.



