PADA Isnin lalu, 12 guru serta 54 murid dari Sekolah Rendah Islam Al-Amin Miri (SRIAAM mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam dan Pusat Falak Miri.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang ilmu pengetahuan pendidikan Islam dan sirah nabi.
Di samping itu, ia menyemai semangat kerjasama murid semasa program.
Murid belajar untuk mengamalkan nilai murni dalam kehidupan dan patuh dengan tuntutan agama.
Semasa lawatan, sebuah ceramah yang berkisar tentang sirah nabi disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ali.
Para guru juga berpeluang melihat suasana pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam. Setelah selesai sesi lawatan tersebut, rombongan dari SRIAAM terus ke Pusat Falak Miri.
Murid berpeluang melihat kelengkapan yang digunakan di pusat tersebut.
Mereka menerima taklimat kaedah penentuan kiblat oleh pegawai bertugas.
Akhir sekali, mereka juga diperkenalkan dengan bahan pameran yang menunjukkan perkembangan ilmu falak sehingga kini.
Semoga dengan pendedahan ini membuka minda murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi dalam apa-apa jua bidang yang diminati.






