ARTIKEL

Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam (kanan), mengucapkan tahniah kepada Lawrence Wong yang rasmi menjadi Perdana Menteri keempat Singapura malam ini. - FB Lawrence Wong

Lawrence Wong angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Lawrence Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura di Istana, malam ini.

Lawrence, 51, menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang memegang tampuk pemerintahan negara selama hampir 20 tahun.

Upacara itu disiarkan di televisyen dan penstriman di platform media sosial, dimulai dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Majulah Singapura’ diikuti dengan ucapan Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Seterusnya, Lawrence mengangkat sumpah kesetiaan dan ikrar pelaksanaan tugas yang disaksikan oleh Tharman dan Ketua Hakim Negara, Sundaresh Menon.

Ahli Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee itu, yang mengekalkan portfolionya sebagai Menteri Kewangan, kemudian menandatangani akuan sumpahnya.

Tharman kemudian menyampaikan suratcara pelantikan kepada Lawrence.

Seterusnya, dua Timbalan Perdana Menteri, Gan Kim Yong (juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan) dan Heng Swee Keat, diikuti Lee Hsien Loong yang dilantik menjadi Menteri Kanan, dan Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, mengangkat sumpah.

Kemudian 14 menteri, yang terdiri daripada sembilan Menteri Negara Kanan dan lima Menteri Negara juga mengangkat sumpah.

Seorang lagi Menteri Negara, Murali Pillai, akan dilantik dan mengangkat sumpah pada 1 Julai.

Kesemua menteri mengangkat sumpah kesetiaan dan ikrar pelaksanaan tugas serta menerima suratcara pelantikan mereka daripada Presiden.

Lawrence mengumumkan barisan Kabinetnya pada Isnin lepas setelah Hsien Loong memaklumkan kepada Presiden hasratnya untuk meletak jawatan pada 15 Mei bersama kerajaannya pada hari sama. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha