ARTIKEL

Lebih 100 banduan Afghanistan dibebaskan dari penjara di Pakistan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABUL: Seramai 101 warga Afghanistan yang sebelum dipenjarakan di Pakistan telah dibebaskan dan pulang ke tanah air mereka, menurut kenyataan Kementerian Pelarian dan Repatriasi Afghanistan pada Selasa, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan itu, kesemua tahanan berkenaan kembali ke Afghanistan pada Isnin melalui pintu sempadan Spin Boldak yang terletak di wilayah Kandahar di selatan negara itu.

Minggu lalu, seramai 223 warga Afghanistan yang turut dipenjarakan di Pakistan dibebaskan dan dihantar pulang ke negara asal.

Kerajaan Pakistan dilaporkan akan memulakan proses pengusiran terhadap tiga juta warga Afghanistan yang berada di negara itu bermula 2025.

Kerajaan sementara Afghanistan pula berulang kali menggesa warganya di luar negara agar pulang bagi membantu proses pemulihan dan pembangunan semula negara yang sekian lama dilanda konflik.–Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU