ARTIKEL

Rohingya refugees prepare to relocate after nearby villagers pushed back against their camp's presence in Balohan on Sabang island, Indonesia's Aceh province on December 4, 2023. (Photo by CHAIDEER MAHYUDDIN / AFP)

Lebih 100 Rohingya tiba di Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SABANG: Lebih 100 pelarian Rohingya, termasuk wanita dan kanak-kanak, mendarat di wilayah paling barat Indonesia, kata pegawai, tetapi penduduk tempatan mengancam untuk memaksa mereka kembali ke laut.

Ratusan lagi Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam dari Myanmar terperangkap di atas dua kapal yang hanyut di Laut Andaman, menurut Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

Ketibaan terbaharu itu berlaku selepas lebih 1,000 pelarian Rohingya mendarat di Aceh bulan lalu, gelombang terbesar Rohingya mendarat di Indonesia sejak 2015.

Seorang belia Rohingya berusia 19 tahun yang memberikan namanya sebagai Deluarsah berkata, kumpulan itu meninggalkan Bangladesh pada awal November dan menghabiskan masa lebih 20 hari di laut dalam keadaan berbahaya.

“Kami datang ke sini dengan menaiki satu bot. Lautan sangat berbahaya,” kata Deluarsah sambil menambah bahawa dia gembira dapat mendarat di Indonesia. UNHCR menggesa negara-negara di sekitar Laut Andaman untuk mengerahkan dengan pantas kapasiti mencari dan menyelamat untuk mencari dua bot lain yang dikatakan mengalami kegagalan enjin dan hanyut di lautan.

“UNHCR bimbang makanan dan air mungkin kehabisan dan terdapat risiko besar kematian dalam beberapa hari akan datang jika orang ramai tidak diselamatkan dan diturunkan ke tempat selamat,” kata badan dunia itu dalam satu kenyataan.

Menurut pemantau, lebih banyak bot sedang dalam perjalanan walaupun penduduk tempatan mengarahkan kapal yang sering membawa pelarian Rohingya melebihi muatan kembali ke laut dan meningkatkan rondaan di sepanjang pantai.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan