ARTIKEL

Api dan asap kebakaran hutan kelihatan menjulang di kawasan hutan Taman Negara Bromo Tengger Semeru berhampiran Gunung Bromo, di wilayah Probolinggo, Jawa Timur pada 10 Ogos 2026. | Foto: JUNI KRISWANTO / AFP

Lebih 107,000 hektar hutan, tanah terjejas akibat kebakaran di Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Indonesia Djamari Chaniago berkata setakat Isnin, pihaknya tidak menerima sebarang laporan bahawa asap daripada kebakaran di negara itu menjejaskan negara lain.

“Kami telah menegaskan kepada anggota di lapangan bahawa usaha ini bukan sekadar memadamkan kebakaran dan melindungi alam sekitar serta kesihatan awam, tetapi juga merupakan tanggungjawab negara yang perlu dipikul bersama,” katanya pada sidang media pada Isnin yang disiarkan menerusi saluran YouTube media tempatan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai sama ada kerajaan menjangkakan kemungkinan jerebu rentas sempadan menjejaskan Malaysia dan Singapura serta sama ada pihaknya telah berhubung dengan kedua-dua negara berhubung isu itu.

Djamari berkata kira-kira 43 helikopter telah dikerahkan bagi operasi udara, dengan sokongan antara 10 hingga 15 pesawat sayap tetap bergantung kepada keperluan operasi, manakala sejumlah besar anggota dan peralatan turut digerakkan di darat.

Beliau berkata operasi pembenihan awan kekal antara langkah paling berkesan untuk menangani kebakaran, namun pelaksanaannya bergantung kepada kewujudan awan yang berpotensi membawa hujan.

Ramalan cuaca menunjukkan pembentukan awan sedemikian berkemungkinan berlaku dalam tempoh tiga atau empat hari sehingga 18 Ogos.

Menurut beliau, enam wilayah, iaitu Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan, sedang dipantau rapi sebagai kawasan paling kritikal.

Beliau turut memberi amaran bahawa fenomena El Nino yang kuat boleh mempercepatkan kebakaran hutan dan tanah serta dijangka berterusan sehingga sekitar September atau awal Oktober.

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan