ARTIKEL

Pengundi membuat pendaftaran sebelum melaksanakan pengundian secara fizikal bagi Pemilihan PKR 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini. Di Melaka, sebanyak 11,318 ahli PKR akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pemilihan PKR 2025 dan ia membabitkan 1,627 pengundi di Cabang Melaka Tengah, Alor Gajah (2,495 pengundi), Tangga Batu (1,667 pengundi), Hang Tuah Jaya (3,558 pengundi), Kota Melaka (1,200 pengundi) dan Jasin (771 pengundi).

Lebih 110,000 ahli laksana undian pemilihan PKR peringkat cabang hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kira-kira 114,318 ahli PKR hari ini menunaikan tanggungjawab mereka untuk Pemilihan PKR di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang melibatkan negeri Selangor, Melaka dan Perlis.

Proses pemilihan pimpinan cabang di tiga negeri itu berjalan lancar dengan jangkaan pengumuman keputusan undian dibuat malam ini.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Datuk Borhan Aman Shah berkata kira-kira 98,000 ahli terlibat dalam proses pengundian bagi negeri berkenaan, dengan ramai antara mereka memilih menggunakan kaedah pengundian secara dalam talian kerana ia lebih memberi ruang sendiri untuk mengundi calon pilihan mereka.

“Kira-kira 98.5 peratus ahli dijangka membuat pemilihan calon secara dalam talian, manakala bakinya dibuat secara fizikal, mungkin membabitkan mereka yang kurang faham dengan sistem baharu atau pun warga emas.

“Setakat ini suasana pemilihan di Selangor berjalan dengan lancar dan kita jangka jika keadaan ini berterusan, mungkin di sebelah malam keputusan pemilihan hari ini akan diketahui,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka Muhammad Asri Ibrahim pula berkata 11,318 ahli PKR di Melaka melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi calon pilihan mereka.

Beliau berkata ia membabitkan 3,558 pengundi bagi Cabang Hang Tuah Jaya, Alor Gajah (2,495), Tangga Batu (1,667), Melaka Tengah (1,627), Kota Melaka (1,200) manakala Jasin (771).

“Daripada 11,318 ahli itu, 94 pengundi akan melaksanakan pengundian secara fizikal di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) kerana membabitkan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) manakala selebihnya secara dalam talian.

“Pemilihan pada pagi ini berjalan lancar setakat ini kerana pemilihan dilaksanakan secara dalam talian dan kita menjangkakan keputusan pemilihan diumumkan seawal 7 malam selepas proses pengundian ditutup pada 5 petang ini,” katanya.

Sementara itu Pengerusi MPN PKR Perlis Noor Amin Ahmad memberitahu hampir 5,000 ahli akan membuat pemilihan cabang PKR negeri itu secara dalam talian serta fizikal. Pemiloihan secara fizikal berlangsung berlangsung di sebuah hotel di Kangar.

“Pemilihan cabang Perlis yang melibatkan Kangar, Arau dan Padang Besar berlangsung dengan baik, meskipun terdapat isu teknikal, ia tidak menjejaskan keseluruhan proses,” katanya.

Pemilihan bagi jawatan PKR di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang ditetapkan bermula semalam hingga 20 April.

Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan pula akan diadakan pada 24 Mei ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha