Lebih 200 doktor gagal melapor diri atau menolak jawatan kontrak untuk berkhidmat di Sarawak.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata, jumlah tersebut adalah antara 800 yang ditawarkan jawatan kontrak oleh Kementerian Kesihatan.
Justeru, beliau menyeru agar lebih 200 doktor tersebut untuk menerima tawaran dan melapor diri untuk bertugas di lokasi yang ditetapkan di negeri itu.



