WASHINGTON: Lebih 2,000 penerbangan dibatalkan di Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ketika gangguan akibat ribut berterusan, menurut portal FlightAware.com, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Jumlah keseluruhan pembatalan dalam, ke atau dari AS hari ini mencecah 2,026,” menurut portal itu.
Sebanyak 700 lagi penerbangan turut mengalami kelewatan, tambahnya.
Lapangan terbang John F. Kennedy dan LaGuardia di kawasan Bandar Raya New York, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty dan Boston Logan terpaksa membatalkan sehingga 50 peratus penerbangan, menurut portal itu.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS memberi amaran bahawa ribut musim sejuk yang besar dijangka membawa salji lebat, angin kencang dan banjir pantai di seluruh Mid-Atlantic dan Northeast yang boleh menyebabkan keadaan perjalanan yang mustahil serta gangguan bekalan elektrik. — Bernama



