ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Lebih 26,000 veteran ATM terima RM300 bantuan sara hidup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LABUAN: Lebih 26,000 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus berkata, bantuan bulanan itu disalurkan sejak September tahun lepas.

Katanya penyaluran bantuan itu tertakluk kepada kriteria tertentu, menyasarkan mereka yang diklasifikasikan sebagai miskin tegar dan berada bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dengan pendapatan bulanan RM1,169 atau kurang.

“JHEV mengakui kepentingan menangani keperluan veteran ini,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan dialog dengan veteran ATM Labuan, balu dan wakil veteran di Menara Perbadanan Labuan hari ini.

Beliau berkata, JHEV berbincang dengan kerajaan melonggarkan terma dan syarat semasa, bagi menyokong usaha untuk menghulurkan bantuan kepada semua 41,000 veteran ATM tidak berpencen.

Zambery berkata, keseluruhan komuniti veteran ATM terdiri daripada lebih 168,000 individu di seluruh negara, termasuk 78,000 veteran tidak berpencen, balu dan tanggungan mereka.

Terdahulu, beliau berkata 33,042 veteran ATM di seluruh negara mendapat manfaat daripada skim kebajikan JHEV, yang menerima bantuan RM62.57 juta pada 2023.

Beliau berkata Skim Bantuan Kebajikan JHEV termasuk bantuan sokongan untuk kehidupan isi rumah, persekolahan, kemasukan ke institusi pengajian tinggi, peralatan pesakit, dan bantuan bencana.
Zambery menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi Kementerian Pertahanan terhadap kesejahteraan veteran, menjadikannya kawasan tumpuan utama.

“Dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup, JHEV menyasarkan untuk merangka strategi berkesan dalam meningkatkan taraf hidup veteran kita,” katanya.

Lawatan kerja Zambery, yang bermula dari 5-14 Februari, merangkumi Labuan dan Sabah termasuk acara seperti Program Cakna Veteran ATM, sesi dialog, upacara penyerahan kunci rumah, dan Larian Amal Kempen Tabung Pahlawan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah