ARTIKEL

Lebih 300 pempamer sertai Agrofest Sarawak 2019

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 300 pempamer dari seluruh negara dijangka menyertai pameran pertanian perdana edisi kedua, AgroFest Sarawak 2019, di Dataran Perayaan, Jalan Stadium Petra Jaya. di sini, dari 21 Nov hingga 1 Dis ini.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Roland Sagah Wee Inn, berkata pameran tersebut bertujuan menyediakan platform dinamik untuk petani, usahawan, pembekal dan peserta industri untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka.

Pameran bertema ‘Transformasi Pertanian Menerusi Teknologi Pintar’  dianjurkan untuk menampilkan teknologi pertanian terkini khususnya teknologi perladangan pintar dalam mempromosikan Sarawak sebagai penerajui dalam bidang pertanian moden, katanya.

“Ia adalah inisiatif penting di bawah Pelan Transformasi Pertanian Sarawak menerusi pemodenan dan pengkomersialan bagi menjadikan Sarawak sebagai hab pertanian di rantau ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurutnya, sempena dengan AgroFest Sarawak 2019, beberapa aktiviti utama turut berlangsung iaitu Pavilion Agensi Pertanian yang mempamerkan dasar transformasi pembangunan pertanian serta perancangan agensi kerajaan, institusi dan syarikat-syarikat induk dalam bidang pertanian.

Di samping itu, katanya, Pavilion Perladangan Pintar akan menonjolkan teknologi pertanian moden dan ketepatan seperti teknologi digital ladang dan pemetaan tanah, fertigasi, teknologi filem nutrien dan sistem pertanian hidroponik.

Orang ramai dijemput melawat pameran tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini serta menikmati aktiviti dan program yang dianjurkan sepanjang pameran 10 hari itu.

Mereka juga boleh mendapat maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang pameran tersebut di alamat www.sarawakagrofest.com.my. – Bernama

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu