ARTIKEL

Lebih 3,000 kes Ebola di Congo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Jumlah kes Ebola yang disahkan di Republik Demokratik Congo (DR Congo) melepasi angka 3,000, menurut angka rasmi yang dikeluarkan pada Sabtu, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa kesihatan DR Congo memaklumkan wabak itu kini mencatatkan 3,075 kes yang disahkan, termasuk 1,354 kematian dan 556 pesakit sembuh, manakala 755 pesakit masih dirawat di hospital atau menjalani pengasingan.

Wabak itu menjejaskan lima wilayah iaitu Ituri, Kivu Utara, Kivu Selatan, Haut-Uele dan Tshopo.

Perdana Menteri Judith Suminwa Tuluka pada Jumaat berkata penyelidik sedang berusaha membangunkan rawatan dan vaksin bagi virus Ebola Bundibugyo, strain virus yang menyebabkan wabak semasa di DR Congo.

Beliau berharap vaksin dan rawatan itu dapat tersedia dalam tempoh dua hingga empat bulan.

Universiti Oxford pada Jumaat mengumumkan sukarelawan pertama telah divaksin dalam ujian pertama di dunia membabitkan manusia bagi vaksin dikenali sebagai ChAdOx1 BDBV, yang dibangunkan untuk memberi perlindungan terhadap virus Ebola Bundibugyo.-Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

BERITA TERBARU