ARTIKEL

PEMBANGUNAN... Uggah ditemani Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), Datuk Aidel Lariwoo, dan tetamu kehormat lain menyempurnakan simbolik Perasmian Projek Jalan Temong-Tepoi-Sadir Fasa 2. | FOTO: GHAZALI BUJANG

Lebih 3,000 penduduk Tebedu bakal nikmati perhubungan lebih baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEBEDU: Penantian penduduk tujuh kampung di kawasan Tebedu untuk menikmati kemudahan perhubungan yang lebih baik bakal menjadi kenyataan menerusi pembinaan Jalan Temong-Tepoi-Sadir Fasa 2 bernilai RM48.19 juta yang kini sudah mencapai kemajuan hampir 25 peratus dan dijangka siap Ogos tahun hadapan.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek sepanjang kira-kira 6.64 kilometer itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk, sekali gus meningkatkan aksesibiliti serta merancakkan aktiviti sosioekonomi masyarakat setempat.

“Saya berpuas hati dengan kemajuan pelaksanaan projek yang mencatatkan 24.66 peratus setakat 25 Oktober lalu, iaitu mendahului jadual asal sebanyak 3.24 peratus.

“Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk memastikan kawasan luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Projek jalan ini akan menghubungkan tujuh kampung, iaitu Kampung Temong, Murak, Putah, Temong Bengan, Darul Patah, Darul Huda dan Tepoi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Projek Jalan Temong-Tepoi-Sadir Fasa 2 di Tapak Perasmian dan Dewan Kampung Temong Mawang, di sini, hari ini.

“Walaupun nampak jauh, tetapi apabila sudah ada jalan raya, semuanya menjadi lebih dekat,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Uggah memberitahu, projek berkenaan turut merangkumi pembinaan jalan penghubung sepanjang 0.73 kilometer serta 41 unit pembetung konkrit bertetulang bagi meningkatkan kemudahan pergerakan dan sistem saliran.

Sehubungan itu, beliau meminta kontraktor mempertimbangkan usaha mempercepat penyiapan projek yang dijadualkan pada Ogos 2027, sekiranya keadaan mengizinkan.

“Saya berharap projek ini dapat disiapkan lebih awal kerana apabila sesuatu projek sudah dimulakan, rakyat mengharapkan ia dapat disiapkan sekurang-kurangnya mengikut jadual,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan kontraktor supaya memastikan kualiti pembinaan sentiasa menjadi keutamaan dan tidak sekadar mengejar tempoh penyiapan.

Menurutnya, pembangunan infrastruktur perlu dilaksanakan mengikut piawaian tinggi supaya kemudahan yang dibina mampu bertahan lama serta memberikan manfaat berterusan kepada rakyat.

Dalam pada itu, Uggah meminta semua pihak berkaitan memberikan kerjasama bagi memastikan urusan pemindahan utiliti, termasuk bekalan elektrik dan air, tidak menjejaskan kelancaran kerja pembinaan.

Katanya, pelaksanaan projek infrastruktur yang cekap bukan sahaja meningkatkan kemudahan perhubungan, malah merancakkan ekonomi setempat menerusi peluang pekerjaan dan perbelanjaan kontraktor serta pekerja di kawasan berhampiran.

Uggah ditemani Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), Datuk Aidel Lariwoo, dan tetamu kehormat tiba di Dewan Kampung Temong Mawang. | FOTO: GHAZALI BUJANG

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Mayat lelaki ditemukan di tepi jalan

BETONG: Polis mengesahkan mayat lelaki berusia 54 tahun yang ditemukan terbaring di tepi jalan berhampiran Bandar Baharu Betong di sini pagi tadi tidak menunjukkan sebarang