ARTIKEL

Pasukan paramedik sedang memeriksa seorang lelaki yang ditemukan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran Bandar Baharu Betong, hari ini.

Mayat lelaki ditemukan di tepi jalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Polis mengesahkan mayat lelaki berusia 54 tahun yang ditemukan terbaring di tepi jalan berhampiran Bandar Baharu Betong di sini pagi tadi tidak menunjukkan sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, berdasarkan pemeriksaan awal, kes kematian lelaki berkenaan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat telah dibawa ke Hospital Betong untuk tindakan lanjut.

“Tiada sebarang kecederaan dikesan pada tubuh mangsa. Justeru, kes ini disiasat sebagai mati mengejut,” katanya kepada Suara Sarawak hari ini.

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.34 pagi selepas seorang lelaki ditemukan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan di simpang empat berhampiran lampu isyarat Bandar Baharu Betong.

Mangsa yang berbangsa Iban difahamkan tidak bekerja dan beralamat di Jalan Bebanggai.

Sementara itu, kakak mangsa yang ditemui pihak polis memaklumkan bahawa adiknya kemungkinan meninggal dunia akibat penyakit sawan yang pernah dihidapinya sebelum ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU