ARTIKEL

Lebih 35 acara menarik sempena Festival Maal Hijrah 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 35 acara menarik bakal dianjurkan yang pasti menarik perhatian masyarakat setempat sempena Festival Maal Hijrah 1445H/2023 pada 28 hingga 30 Julai ini.

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) sebagai penganjur program menawarkan pelbagai program yang menarik kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Bertempat di Masjid Jamek, antara program yang akan menjadi tarikan utama termasuk larian 5 kilometer dan pertandingan e-sukan.

Bagi acara larian, peserta dikehendaki berusia 12 tahun ke atas dan membuat pembayaran sebanyak RM60 sebagai yuran penyertaan sebelum diberikan kit peserta – baju larian; medal penamat; kupon makan; e-sijil penyertaan dan air minuman.

Bagi pertandingan e-sukan pula, dua permainan dipertandingkan iaitu PUBG Mobile dan Fifa 2023.

Hadiah berupa wang tunai ditawarkan kepada para pemenang, mencecah sehingga RM1,000 bagi PUBG Mobile dan RM500 bagi pertandingan Fifa 2023.

Tidak terhad kepada dua acara tersebut, festival kali ini juga menawarkan program menarik seperti Malam Cinta Rasul yang akan menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre, Kembara Berbasikal, Hijrah Run, Pameran Kerjaya dan Pendidikan, dan pelbagai jenis pertandingan seperti badminton, tenpin boling, e-Sport, dan sebagainya. 

Acara yang diadakan sepanjang program ini menekankan inklusiviti iaitu penglibatan semua golongan masyarakat, selari dengan tema festival iaitu Perpaduan Teras Malaysia MADANI.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai sebarang pertandingan boleh melayari Facebook rasmi @LAKMNS untuk maklumat lanjut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha