ARTIKEL

Stephen Rundi berucap pada perasmian Sarawak Agrofest 2026 di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada Isnin.

Lebih 50 pelabur potensi sertai pembangunan infrastruktur pertanian Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lebih 50 pelabur berpotensi sedang berunding dengan kerajaan Sarawak untuk menyertai pembangunan infrastruktur pertanian menerusi model Reka Bentuk, Bina, Operasi dan Pindah Milik (DBOT).

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata model itu dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun ini hingga tahun depan bagi mempercepat pembangunan infrastruktur pertanian dengan pelibatan sektor swasta.

“Model ini membolehkan kita membawa masuk pihak swasta yang mempunyai teknologi, kepakaran dan kemampuan kewangan untuk membantu membangunkan infrastruktur pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sarawak Agrofest 2026 yang disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada Isnin.

Stephen Rundi berkata DBOT berpotensi mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan kerajaan, terutama bagi projek pertanian berskala besar.

Menurutnya, kos pembangunan satu hektar tanah dianggarkan RM500,000, justeru RM1 bilion hanya mampu membangunkan sekitar 2,000 hektar.

Beliau berkata model itu bukan sahaja boleh digunakan bagi pembangunan tanaman padi, malah berpotensi diperluas kepada komoditi pertanian lain.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha