ARTIKEL

Datuk Wee Hong Seng (enam dari kiri) menerima sijil MBOR sempena penyertaan teramai warga emas mengenakan cheongsam daripada wakil MBOR, Siti Hajat Johor (enam dari kanan). Foto: Ramidi Subari.

Lebih 500 warga emas sertai acara cheongsam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 500 warga emas mengambil bahagian dalam acara mengenakan cheongsam yang dianjurkan sempena usaha mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR).

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, berkata penyertaan itu bukan sahaja membabitkan warga emas, malah menunjukkan golongan berkenaan masih aktif dan mampu terlibat dalam pelbagai kegiatan masyarakat.

Tarian daripada peserta Festival Cheongsam Keempat 2026. Foto: Ramidi Subari.

Menurutnya, penyertaan lebih 500 warga emas dalam acara itu turut membuktikan usaha menggalakkan golongan berkenaan keluar dari rumah, bersosial, dan mengambil bahagian dalam aktiviti bersama komuniti.

“Yang paling penting, kita mahu warga emas keluar dan mengambil bahagian dalam aktiviti seperti ini.

Mereka bukan hanya duduk di rumah, tetapi masih aktif dan mempunyai peranan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui media selepas Festival Cheongsam Keempat di Dewan Masyarakat MBKS, di sini, hari ini.

Beliau berkata, acara tersebut turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara warga emas selain menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan golongan berkenaan.

Peserta memperagakan cheongsam dalam acara peragaan fesyen. Foto: Ramidi Subari.

Katanya, ini merupakan kali ketiga penganjur berjaya mencipta rekod berkaitan penyertaan masyarakat dalam kategori tertentu menerusi program yang dianjurkan.

“Ini kali ketiga kita mencipta rekod.

Setiap kali kita cuba buat sesuatu yang berbeza dan kali ini kita sasarkan penyertaan warga emas,” katanya.

Wee berkata, penyertaan warga emas dalam lingkungan usia 80-an turut menunjukkan faktor usia bukan penghalang untuk mereka terus aktif dalam kehidupan bermasyarakat.

Tambahnya, usaha seperti itu penting bagi memastikan golongan warga emas tidak berasa tersisih, sebaliknya terus diberi ruang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti komuniti.

Peserta Festival Kebudayaan Cheongsam Keempat 2026 memperagakan cheongsam berwarna-warni. Foto: Ramidi Subari.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke