ARTIKEL

Pengumuman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026.

Lebih 850,000 rakyat Sarawak terima manfaat SKAS 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 850,000 rakyat Sarawak bakal menerima manfaat daripada Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026, satu inisiatif kerajaan negeri bagi meringankan kos sara hidup dan memastikan keperluan harian isi rumah terbela.

Menurut kenyataan rasmi, seramai 857,814 penerima telah dikenal pasti layak menerima bantuan ini berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 tahun 2026.

“Bantuan SKAS akan disalurkan dalam tiga fasa sepanjang tahun 2026 dan fasa pertama pengagihan dijadualkan pada 10 Mac ini dengan peruntukan RM179.6 juta.

“Ini diikuti dengan penyaluran bantuan bagi fasa kedua pada 15 Mei ini berjumlah RM179.6 juta dan fasa ketiga pada 10 November berjumlah RM180.6 juta,” katanya.

Tambahnya, program ini menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat serta memastikan isi rumah mempunyai akses kepada barangan keperluan asas.

“Pelaksanaan SKAS juga melengkapkan usaha kerajaan untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat Sarawak.

“Melalui inisiatif ini, Kerajaan Sarawak berharap dapat terus menyokong isi rumah menghadapi peningkatan kos sara hidup serta memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU